29/12/2024
❝ GIGI PALSU TIDAK DIBUKA PUNCA GIGI BERLUBANG?? ❞
■ Punca ;
• Pesakit tidak membuka gigi palsu (Denture) semasa tidur juga jarang membukanya dalam tempoh yang lama.
■ Rawatan tampalan dilakukan menggunakan bahan tampalan yang bersesuaian bagi mengelakkan bakteria lain memasukinya.
(Gambar Diatas)
● Pesakit tidak digalakkan memakai gigi palsu sewaktu tidur, ini kerana tekanan yang berpanjangan pada gusi dan tulang di bawah gigi palsu boleh mempercepatkan penyusutan tulang.
● Selain itu tidur dengan menggunakan gigi palsu boleh menjejaskan aliran air liur, peningkatan bakteria di dalam mulut dan akhirnya boleh memberi risiko untuk keadaan yang di panggil keradangan berpunca dari gigi palsu.
● Keadaan ini menyebabkan gusi dan lelangit menjadi radang kemerahan, bengkak, mulut berbau dan menyebabkan ketidakselesaan kepada pemakai gigi palsu.
Sebarang pertanyaan juga temujanji rawatan, boleh wasap laju2 di nombor ini ye.
http://www.wasap.my/60146664652 (SENAWANG)
http://www.wasap.my/60178364652 (BANGI)
TikTok
tiktok.com/
☺️