Klinik Pergigian Jalan Putra - Mesra Promosi

Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Jalan Putra - Mesra Promosi Selamat Datang ke laman Facebook Klinik Pergigian Jalan Putra! Sila hubungi kami di talian 04-7316028 sekiranya anda mempunyai sebarang soalan.

Assalamualaikum dan hai guys!Jantung berdebar sebab nervous jumpa dentist tu biasa…tapi kalau ada heart condition, wajib...
07/09/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Jantung berdebar sebab nervous jumpa dentist tu biasa…tapi kalau ada heart condition, wajib bagitahu dentist ya!!🫵🏻

Kenapa? sebab sesetengah keadaan jantung, ubat-ubatan dan prosedur pergigian memerlukan perancangan dan langkah berjaga-jaga khas.

So, declare your medical history betul-betul, jangan berahsia dengan dentist🤭

Assalamualaikum dan hai guys!Jaga gigi, jaga jantung!Kesihatan mulut bukan setakat pasal gigi cantik dan estetik tau, te...
02/09/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Jaga gigi, jaga jantung!

Kesihatan mulut bukan setakat pasal gigi cantik dan estetik tau, tetapi juga penting bagi pesakit jantung untuk membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan yang tidak diingini ❤️✨

Senyum sihat, jantung terjaga 🪥🫀

Assalamualaikum dan hai guys!Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi juga bebas daripada penyakit pergigian....
17/08/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi juga bebas daripada penyakit pergigian. 🇲🇾🦷

Ayuh merdekakan diri daripada gigi berlubang, penyakit periodontium, gigi sensitif dan kehausan gigi dengan mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik setiap hari.

✨ Berus gigi 2 kali sehari
✨ Gunakan flos gigi setiap hari
✨ Kurangkan makanan dan minuman manis
✨ Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala

Senyuman yang sihat adalah lambang keyakinan dan kebebasan sebenar.

Assalamualaikum dan hai guys!OGOS. Bulan yang cukup istimewa untuk kita, rakyat Malaysia🫀Ha! hampa ingat dak bulan ni ki...
04/08/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

OGOS. Bulan yang cukup istimewa untuk kita, rakyat Malaysia🫀

Ha! hampa ingat dak bulan ni kita meraikan Hari Kemerdekaan yang ke berapa?🤓

Kalau ingat, tulis jawapan dia ruangan komen di bawah ya!✨

Macam biasa, KP Jalan Putra akan menjalankan aktiviti-aktiviti sepnajang bulan ini dengan tema Merdekakan Dirimu Daripada Penyakit Pergigian✨

Assalamualaikum dan hai guys!Pada 22 hb Julai yang lepas, telah berlangsungnya Program MyBrush Hour seluruh Malaysia. KP...
28/07/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Pada 22 hb Julai yang lepas, telah berlangsungnya Program MyBrush Hour seluruh Malaysia. KPJP turut serta dengan beberapa aktiviti seperti LMG dan pertandingan mewarna.

Ingat ya semua; BERUS GIGI 2 KALI SEHARI SELAMA 2 MINIT✨

Assalamualaikum dan hai guys!Hari ini, Klinik Pergigian Mesra Promosi KP Jalan Putra memerima lawatan daripada adik-adik...
08/07/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Hari ini, Klinik Pergigian Mesra Promosi KP Jalan Putra memerima lawatan daripada adik-adik Tahun 4 (BDS) UiTM Sungai Buloh sempena Program Lawatan Sambil Belajar (ELP)✨

Cantik-cantik dan segak segak adik-adik ni ya🌸

Semoga kalian semua terus berjaya dan menjadi doktor gigi yang berilmu pengetahuan tinggi, hebat, jujur dan amanah di masa depan.

Assalamualaikum dan hai guys!Kesihatan mulut yang baik bukan sekadar memiliki gigi yang cantik, malah memainkan peranan ...
02/07/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Kesihatan mulut yang baik bukan sekadar memiliki gigi yang cantik, malah memainkan peranan penting dalam kesihatan keseluruhan.

Amalkan rutin penjagaan pergigian setiap hari:
🪥 Berus gigi selama 2 minit, dua kali sehari.
🧵 Gunakan flos untuk membersihkan celah gigi.
💧 Berkumur dengan ubat kumur jika disarankan.
🦷 Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.
🥦 Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Cegah sebelum merawat. Mulakan langkah kecil hari ini demi senyuman yang lebih sihat.

Assalamualaikum dan hai guys!Bulan baru, tema baru!Haa untuk bulan ini, tema kita adalah ✨✨Penjagaan Kesihatan Pergigian...
01/07/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

Bulan baru, tema baru!

Haa untuk bulan ini, tema kita adalah

✨✨Penjagaan Kesihatan Pergigian✨✨

Ingat lagi tak tips2 penjagaan kesihatan pergigian yang Sis pernah share? Haa, kalau tak ingat, tunggu next post Sis akan share sekali lagi tips-tips Penjagaan Kesihatan Pergigian.😉

Assalamualaikum dan hai guys!⭐️Aktiviti sepanjang bulan yang diadakan di KPJP⭐️Ceramah tentang Penjagaan Kesihatan Mulut...
29/06/2026

Assalamualaikum dan hai guys!

⭐️Aktiviti sepanjang bulan yang diadakan di KPJP⭐️

Ceramah tentang Penjagaan Kesihatan Mulut dan Awas Pengamal Pergigian Haram telah disampaikan oleh 🌸 Dr Ameerah di kawasan menunggu Klinik Pergigian Jalan Putra.

Tak lupa juga Tahniah🥇kepada adik cilik pemenang pertandingan mewarna bagi bulan Mei✨

Aktiviti di sepanjang bulan Jun 2026 di KeyPeeJayPee✨
15/06/2026

Aktiviti di sepanjang bulan Jun 2026 di KeyPeeJayPee✨

Address

Klinik Pergigian Jalan Putra
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Jalan Putra - Mesra Promosi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Jalan Putra - Mesra Promosi:

Shortcuts

Share