mediaPERUBATAN

mediaPERUBATAN mediaPERUBATAN adalah milik Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Laman ini merupakan laman rasmi bagi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN), dan dikelolakan oleh Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P). Soalan/Cadangan/Komen boleh disampaikan melalui laman help.perubatan.org

[SAADAH’26: 10 Hari Yang Ramai Terlepas Pandang]“Tiada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amalan soleh lebih dicint...
18/05/2026

[SAADAH’26: 10 Hari Yang Ramai Terlepas Pandang]

“Tiada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amalan soleh lebih dicintai Allah berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Hari-hari yang singkat, tetapi ganjarannya sangat besar.
Jangan biarkan ia berlalu tanpa zikir, doa dan amal soleh.

Perbanyakkan:
• Takbir
• Tahmid
• Tahlil
• Sedekah
• Puasa sunat
• Bacaan al-Quran

Semoga Allah menerima setiap amal kecil yang kita usahakan dan mengurniakan hati yang lebih dekat kepada-Nya.




"Muslim Sejati, Generasi Rabbani"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Jabatan Pembangunan Insan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN]يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَا...
17/05/2026

[UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu: 'Berilah kelapangan di dalam majlis', maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: 'Berdirilah kamu', maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Mujadalah: 11)

Memandangkan kita kini berada dalam fasa peperiksaan Semester 2 tahun ini, Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi sains kesihatan baik perubatan mahupun pergigian.

Kami mendoakan kejayaan buat semua mahasiswa/wi yang akan menduduki peperiksaan. Semoga dipermudahkan setiap urusan, diberikan ketenangan fikiran, dan dimurahkan rezeki ilmu.

Berusahalah sebaik mungkin, kerana setiap penat lelahmu tidak akan sia-sia. Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya.




"Achieve the Highest, Improve Others"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2026]Doa Buat Para Pendidik:اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَائِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُ...
16/05/2026

[UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2026]

Doa Buat Para Pendidik:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَائِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَدِ الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan mereka yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredaan-Mu, tempatkan mereka di tempat yang disenangi di sisi-Mu, Wahai Yang Maha Penyayang."

Asas kebitaraan ummah bermula daripada kesucian ilmu dan keteguhan peribadi yang dipupuk oleh para murabbi. Menyedari hakikat ini, pihak PERUBATAN ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pendidik, terutama barisan pensyarah yang menjadi rujukan dan penyuluh jalan dalam dunia sains kesihatan.

Sempena sambutan Hari Guru tahun 2026 yang bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, kami di PERUBATAN meraikan keikhlasan dan pengorbanan para guru serta pensyarah yang sentiasa berdiri teguh sebagai penggerak utama kemajuan bangsa. Kesabaran dalam mendidik dan membimbing mahasiswa bukan sahaja membina kecemerlangan akademik, malah melahirkan generasi profesional yang berintegriti.

Sehubungan dengan itu, pihak PERUBATAN berharap agar segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan, sekali gus memacu mahasiswa sains kesihatan menjadi ilmuwan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Terima kasih cikgu!






“Achieve Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[LAPORAN | PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI MARA]Firman Allah SWT:إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ ص...
15/05/2026

[LAPORAN | PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI MARA]

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَٰنٌ مَّرْصُوصٌ

“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: 4)

Demi menjamin kelestarian akademik dan kestabilan kebajikan , satu pertemuan telah diadakan bersama Pegawai MARA, Dr. Wan Mukhtar bin Wan Muda pada 14 Mei 2026 bertempat di Pejabat MARA Iskandariah.

Pertemuan penting ini dihadiri oleh Jabatan Akademik, saudari Aimi Maizan binti Hishammudin bersama Lembaga Penasihat PERUBATAN dan cawangan, saudari Dini Arina binti Azlan. Sehubungan dengan itu, pihak PERUBATAN berharap agar hasil perbincangan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama demi kebaikan seluruh ahli, sekali gus memelihara maslahat penajaan dan akademik pelajar.




“Achieve Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah” “Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN SESI 2026]Berikut merupakan Carta Organisasi Majlis Tertinggi PERUBATAN (MT...
09/05/2026

[CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN SESI 2026]

Berikut merupakan Carta Organisasi Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) bagi sesi 2026.

Dengan izin Allah SWT, bahtera kepimpinan ini terus belayar dalam memikul amanah serta memperkukuhkan ukhuwah dalam keluarga PERUBATAN yang berteraskan nilai Islam.

Semoga setiap penat dan lelah yang dicurahkan menjadi saham akhirat dan memperoleh reda Allah SWT.

Siiru ‘ala barakatillah.




“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Penerbitan dan Penerangan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

[LAPORAN | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN]Pada 1 Mei 2026, PERUBATAN dengan kerjasama Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia ...
08/05/2026

[LAPORAN | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN]

Pada 1 Mei 2026, PERUBATAN dengan kerjasama Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah menganjurkan Webinar Profesional PERUBATAN: Program Kesedaran Kesihatan Mental (PKKM) yang telah disampaikan oleh barisan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan mental.

Seramai 100 pelajar telah menyertai webinar dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini telah membuka minda dan memberi kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dan cara pengurusannya. Semoga para peserta mendapat manfaat daripada webinar kali ini.

PERUBATAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Idyawati binti Abdul Karim, Dr Malihah binti Ghazali dan Prof Madya Dr. Robiatul Adawiyah binti Mohd yang telah memberi pengisian yang cukup hebat. Tidak dilupakan juga barisan fasilitator dari pakar psikatri dan psikologi dari pihak 'Afiyah yang sudi berkolaborasi dengan PERUBATAN untuk program kali ini.

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[POSTER HEBAHAN | TENTATIF WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL (PKKM)]Akhirnya hari yang d...
30/04/2026

[POSTER HEBAHAN | TENTATIF WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL (PKKM)]

Akhirnya hari yang dinantikan tiba!

Webinar Profesional PERUBATAN: Program Kesedaran Kesihatan Mental (PKKM) akan berlangsung hari ini, menghimpunkan pelbagai pengisian sepanjang program.

Sepanjang hari, peserta akan melalui beberapa slot yang telah disusun rapi— bermula dengan pengenalan kepada tekanan dari sudut sains, perbincangan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar, sehinggalah kepada pengurusan stres dari sudut psikospiritual.

Program juga akan diakhiri dengan sesi interaktif bersama fasilitator dan profesional kesihatan mental dalam kumpulan kecil.

Rujuk tentatif pada poster untuk perjalanan penuh program sepanjang hari.

🗓 1 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi – 4.15 petang
💻 Platform: Zoom

Semoga setiap pengisian hari ini memberi manfaat dan makna buat semua peserta.

Jumpa nanti.




“Achieve the Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[LAPORAN | MESYUARAT BERSAMA PIHAK AFIYAH]Firman Allah SWT:وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُ...
30/04/2026

[LAPORAN | MESYUARAT BERSAMA PIHAK AFIYAH]

Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."

(Surah Al-Ma’idah: 2)

Bagi memastikan kelancaran program webinar profesional yang bakal berlangsung, Jabatan Akademik telah mengadakan siri mesyuarat bersama pihak Afiyah sebanyak tiga kali iaitu pada 28 Mac, 15 April dan 30 April.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah:

1. Analisis isu dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir.
2. Perincian tentatif serta pengisian program webinar.
3. Penyelarasan aspek teknikal bagi memastikan kualiti penyampaian yang optimum.
4. Hal-hal lain yang berkaitan dengan kolaborasi strategik kedua-dua pihak.

Sehubungan dengan itu, pihak PERUBATAN berharap agar kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada para peserta, sekali gus meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan kesihatan mental.




“Achieve the Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[PENGENALAN PENGISI & FASILITATORWEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: PSYCHOLOGY FIRST AID (PFA)]Webinar Profesional PERUBATAN...
29/04/2026

[PENGENALAN PENGISI & FASILITATOR
WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: PSYCHOLOGY FIRST AID (PFA)]

Webinar Profesional PERUBATAN dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Afiyah Malaysia akan menampilkan 3 orang pengisi hebat bagi slot-slot utama:

Slot 1: Dr Idyawati binti Abdul Karim
Slot 2: Dr Malihah binti Ghazali
Slot 3: Prof Madya Dr. Robiatul Adawiyah binti Mohd

Setiap sesi akan membawa perkongsian yang berbeza, selari dengan fokus Program Kesedaran Kesihatan Mental (PKKM) — daripada memahami keadaan emosi, cara memberi respon yang sesuai, hinggalah kepada pendekatan sokongan awal dalam situasi seharian termasuk bagaimana kita melihatnya dari sudut rohani dan ketenangan dalaman.

Untuk slot terakhir, peserta akan bersama fasilitator dalam kumpulan kecil bagi sesi yang lebih interaktif.

Seramai 10 orang fasilitator dalam kalangan pakar psikiatri dan pakar psikologi akan bersama anda.
Setiap peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan. Kenali mereka dan nantikan siapa fasilitator anda!

🗓 Tarikh: 1 Mei 2026
⏰ Masa: 8:30-8:45 am (Kehadiran)
💻 Platform: Zoom Workplace

Jumpa nanti.




“Achieve the Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[PENDAFTARAN WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN DITUTUP]Dengan ini, secara rasminya pendaftaran Webinar Profesional PERUBATAN...
27/04/2026

[PENDAFTARAN WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN DITUTUP]

Dengan ini, secara rasminya pendaftaran Webinar Profesional PERUBATAN: Psychology First Aid (PFA) telah ditutup berikutan jumlah penyertaan telah mencapai kapasiti maksimum.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dan menunjukkan minat terhadap program ini.

Buat masa ini, pihak penganjur sedang dalam proses menyusun dan menguruskan senarai peserta. Sebarang makluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.




“Achieve the Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[ POSTER INFOGRAFIK: PSYCHOLOGY FIRST AID ]PFA (Psychological First Aid) adalah bantuan awal dari sudut emosi dan psikol...
26/04/2026

[ POSTER INFOGRAFIK: PSYCHOLOGY FIRST AID ]

PFA (Psychological First Aid) adalah bantuan awal dari sudut emosi dan psikologi kepada individu yang sedang mengalami tekanan, krisis atau trauma. Ia bukan rawatan klinikal, tetapi sokongan kemanusiaan yang membantu seseorang rasa lebih tenang, selamat dan didengari.

Konsep PFA mudah:
1) Look (Lihat) – Kenal pasti siapa yang perlukan bantuan

2) Listen (Dengar) – Dengar dengan empati tanpa menghakimi

3) Link (Hubungkan) – Bantu mereka dapatkan sokongan yang diperlukan

PFA boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja — bukan hanya pakar. Kadang-kadang, kehadiran kita, telinga yang sudi mendengar, dan kata-kata yang menenangkan sudah cukup memberi makna besar kepada seseorang.

Ingat, bantuan kecil boleh beri impak besar.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan dibawah:

https://forms.gle/uS97NkYr84uorN7DA

Jangan lepaskan peluang, daftar segera !




“Achieve The Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

Address

26 Sabel El-Khazindar Street, Abbasia
Cairo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when mediaPERUBATAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to mediaPERUBATAN:

Share