23/02/2023
Asssalamualaikum wbt.
MARA telah menyediakan satu platform kepada pelajar tajaan MARA untuk memaklumkan keputusan akademik.
Semoga salah satu usaha untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan ini dimanfaatkan oleh semua pihak.
Teeima kasih MARA
PANDUAN PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER BAGI PELAJAR TAJAAN DALAM DAN LUAR NEGARA
Pelajar hendaklah menghantar keputusan peperiksaan setiap semester/ tahun ke Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diumumkan / diterima.
Kandungan emel perlu dinyatakan maklumat berikut:
(a) Nama pelajar
(b) No kad pengenalan
(c) No MARA
(d) Nama institusi
(e) Program Penajaan MARA (contoh: TESP-UA, TESP-IPTS, TESP-IPMA, GREP, WTU, YTP,
PRO-P dll)
(f) Keputusan peperiksaan (GPA & CGPA)
(g) Sesi pengajian
(h) Semester terkini
CONTOH:
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN_MUHAMMAD BIN ALI_UKM_TESP-UA
Nama pelajar : Muhammad bin Ali
No kad pengenalan : 123656-78-9101
No MARA : 330312345678
Nama institusi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Program Penajaan : TESP-UA
Keputusan peperiksaan : GPA 3.90 & CGPA 3.97
Sesi pengajian : Sem I Sesi 2021/2022
Semester terkini : Semester 4/8
B. Sila lampirkan slip keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh institusi (dalam bentuk .pdf).
Nota:
Pelajar juga boleh menghantar keputusan peperiksaan sama ada secara serahan tangan atau pos ke Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA melalui alamat berikut:
Unit Pengurusan Bakat Dalam & Luar Negara
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
( Nyatakan nama Institusi, Kursus dan Peringkat Pengajian)