Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza

Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza Pilihan utama residen Setia Alam, Setia EcoPark, Bandar Baru Bukit Raja, Meru, Aman Perdana, Kapar, Klang, dan Puncak Alam. Gigi Chantek, Magis Menarek

We are the first dental clinic in Setia Alam, out of other six more. Established by Dr. Yuza Yusoff (BDS Malaya) on 07-07-07. Our aim is not only to do business in Setia Alam, but also to help local economy by uplifting the life of our staffs. Our price range is meant to serve not upmarket Setia Alam and Setia EcoPark residents, but more towards middle class people in Meru, Klang, Kapar, and Punca


k Alam. However we promise top notch services. We are located beside the busy Jalan Meru above Secret Recipe between Enzol an Onking.

Kami menyediakan ruang solat bagi pelanggan Muslim untuk keselesaan anda. Wifi Unifi percuma juga disediakan. Kami menggunakan khidmat pakar Orthodontis dari luar untuk memastikan mutu 'braces' terjamin. Kami ialah Panel kepada Mi Care, AIA, Medident, Health Connect, Red Alert ASP. Hubungi kami melalui email [email protected] , no telefon 03-33424226 atau wasap terus ke 0193364226 untuk pertanyaan dan temujanji.

Untuk info
22/04/2026

Untuk info

Lepas makan malam hidangan daging stik yang lazat atau sate yang kenyal, rutin biasa kita adalah mencari sebatang pencungkil gigi kayu. Sambil bersembang di meja makan, tangan laju mengorek celah-celah gigi, menekan kuat ke arah gusi semata-mata nak keluarkan urat daging yang terselit. Bila nampak sikit darah keluar kat hujung lidi tu, kita rasa lega sebab sangka semua sisa dah keluar habis.

Nampak macam tabiat menjaga kebersihan mulut yang normal. Tapi di mata pakar periodontik, tindakan mengorek gigi menggunakan lidi kayu adalah satu bentuk penderaan struktur gusi yang sangat kejam.

Batang lidi kayu pencungkil gigi tidak direka bentuk mengikut kesesuaian anatomi mulut manusia. Hujungnya sangat tajam, keras, dan permukaan kayunya penuh dengan serpihan mikro yang tersembunyi.

Setiap kali anda mencungkil dan menekan lidi itu ke celah gigi, anda sebenarnya sedang mengoyakkan satu tisu pelindung yang sangat rapuh iaitu poket gusi (Gingival Sulcus). Tisu berwarna merah jambu ini berfungsi ibarat getah pelindung yang memeluk erat batang gigi anda untuk menghalang kuman dari masuk ke akar.

Bila anda cucuk secara agresif, poket gusi ini akan terkoyak. Traumatik mekanikal yang berulang ini akan mencetuskan keadaan yang dipanggil Gum Recession atau penyusutan gusi. Gusi anda akan mula lari ke atas, mendedahkan akar gigi yang sensitif dan tidak mempunyai perlindungan enamel yang tebal.

Di sinilah igauan ngeri bermula. Celah gusi yang terkoyak itu kini menjadi pintu masuk terbuka untuk sisa makanan dan jutaan bakteria anaerobik. Serpihan halus lidi kayu yang tertinggal di dalam gusi akan membusuk dan mencetuskan keradangan tahap kronik (Periodontitis).

Akibatnya, gigi anda akan mula berasa ngilu bila minum ais, nafas berbau bangkai biarpun sudah berus gigi, dan lama-kelamaan, gigi yang sihat akan menjadi goyang dan luruh sendiri kerana tulang pemegang akarnya telah reput dimakan kuman.

Pencungkil gigi kayu yang berharga beberapa sen itu akhirnya akan menyebabkan anda terpaksa berbelanja belasan ribu ringgit untuk rawatan implan gigi palsu di klinik pergigian premium.

Gantikan tabiat buruk ini sekarang. Gunakan benang flos pergigian atau berus celah gigi yang direka khas untuk meluncur lembut tanpa melukakan gusi anda.

Jangan pertaruhkan senyuman masa depan anda pada sebatang kayu lidi yang tajam.

Jom sesiapa ada masalah ini segera berjumpa doktor sebelum menjadi kronik. Boleh hubungi klinik 03 33424226 atau wasap 0...
13/04/2026

Jom sesiapa ada masalah ini segera berjumpa doktor sebelum menjadi kronik.

Boleh hubungi klinik 03 33424226 atau
wasap 019 336 4226 untuk bertanyakan yentang mouthguard.

Tengah malam sunyi, anda baru nak terlelap. Tiba-tiba dengar bunyi aneh dari pasangan kat sebelah. Mula-mula ingat bunyi tikus mengerat kayu. Bila amati betul-betul, rupa-rupanya bunyi gigi pasangan berlaga dan bergesek kuat gila! "Kruk krak, kruk krak..."

Nyilu dan meremang bulu roma dengar. Esok paginya bila anda tegur, dia sendiri pun terpinga-pinga tak sedar. Dia cuma mengadu, "Patutlah abang bangun pagi ni rasa lenguh gila kat rahang, leher tegang, pastu sakit kepala berdenyut-denyut."

Ramai orang ingat tabiat menggesek gigi waktu tidur atau 'Bruxism' ni benda biasa. Ada orang tua-tua dulu siap pesan, "Ni mesti ada benda menumpang kat badan ni."

Tolong jangan merapu. Secara perubatan, ini adalah jeritan senyap badan anda yang sedang menanggung STRES tahap kronik.

Waktu siang, kita mungkin pandai berlakon senyum depan bos, pandai tahan marah bila hadap jalan jem, dan paksa diri nampak kuat depan anak-anak. Tapi bila tidur, 'topeng' tu tanggal. Otak anda yang sebenarnya tengah sarat dengan anxiety, masalah kewangan, atau 'burnout' tempat kerja tak dapat nak berehat.

Sebagai tindak balas 'fight or flight' yang tak dilepaskan, otak akan salurkan segala ketegangan itu pada otot rahang (otot masseter). Untuk pengetahuan anda, otot rahang adalah antara otot paling kuat dalam badan manusia. Bila anda tidur dan hilang kawalan sedar, otot ni boleh menghasilkan tekanan gigitan seberat berpuluh-puluh kilogram!

Bayangkan tekanan sekuat itu menghentam gigi anda setiap malam berjam-jam.

Apa akibatnya kalau dibiarkan?
1. Lapisan enamel gigi anda akan haus, rata, dan lama-lama boleh serpih atau patah. Bila minum air sejuk sikit je, rasa ngilu sampai ke otak.
2. Sendi rahang (TMJ) anda akan rosak. Silap haribulan, nak buka mulut menguap atau mengunyah nasi pun rahang boleh 'sangkut' atau berbunyi 'klik'.
3. Anda akan bangun dengan sakit kepala (tension headache) setiap hari, buatkan mood terus 'kelaut' dari awal pagi.

Suami isteri, kalau perasan pasangan anda ada tabiat ni, kejutkan dia perlahan-lahan suruh tukar posisi tidur. Esoknya, bawak pergi klinik gigi untuk buat 'Mouthguard' khas (bukan beli online yang murah tu) supaya gigi tak hancur.

Dan paling penting, bantu dia urus punca utama: Stres. Luangkan masa berborak sebelum tidur. Kosongkan fikiran. Jangan bawa beban kerja masuk sampai ke bawah selimut.

10/04/2026

Rawatan akar dilakukan.

Mucocele ialah benjolan kecil berisi lendir (mukus) yang biasanya muncul di dalam mulut, terutama pada bahagian bibir ba...
09/04/2026

Mucocele ialah benjolan kecil berisi lendir (mukus) yang biasanya muncul di dalam mulut, terutama pada bahagian bibir bawah.

šŸ“Œ Penerangan ringkas
• Terjadi apabila kelenjar air liur kecil tersumbat atau pecah.
• Lendir terkumpul di bawah lapisan kulit/mukosa → terbentuk benjolan.
• Biasanya tidak berbahaya dan bukan kanser.

🦷 Ciri-ciri biasa
• Bentuk bulat atau bujur.
• Warna jernih, kebiruan, atau sama warna dengan kulit.
• Lembut bila disentuh.
• Saiz boleh berubah (kadang kecil, kadang membesar).
• Biasanya tidak sakit, kecuali tergigit atau luka.

āš ļø Punca biasa
• Tergigit bibir atau p**i secara tidak sengaja.
• Trauma kecil pada mulut.
• Saluran kelenjar air liur tersumbat.

Rawatan ini boleh dibuat di klinik gigi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi klinik 03-33424226 atau wasap di 019 336 4226

05/04/2026

Bruxism atau mengetapkan gigi tanpa sedar terutama waktu malam boleh menyebabkan masalah.

Untuk elakkan menjadi teruk boleh pakai mouthguard waktu tidur malam.

Hati hati…cari doktor gigi professional.. sebab tak semua gigi boleh dibuat😁
02/04/2026

Hati hati…cari doktor gigi professional.. sebab tak semua gigi boleh dibuat😁

Nampak putih. Nampak lawa. Tapi belum tentu selamat.

Sekarang makin ramai terpengaruh dengan ā€œfake veneerā€ atau veneer murah yang dibuat bukan di klinik pergigian. Ada yang terus pasang sebab nak gigi nampak cantik cepat, ada yang sanggup sebab harga jauh lebih rendah. Tetapi ramai tak sedar, cantik yang dibeli murah ini kadang-kadang datang dengan harga yang jauh lebih mahal kemudian hari.

Bila gigi sihat dikikis tanpa penilaian betul, bila bahan yang digunakan tidak sesuai, bila bentuk veneer terlalu tebal atau tak ikut gigitan asal, ia boleh mula beri masalah. Gusi mudah bengkak, mulut berbau, sisa makanan mudah terperangkap, gigi jadi sensitif, malah boleh rosakkan gigi asal yang sebelum ini elok. Ada yang akhirnya bukan sekadar nak cantikkan gigi, tetapi terpaksa buat rawatan besar untuk selamatkan apa yang masih tinggal.

Yang lebih menakutkan, ramai hanya nampak hasil depan kamera. Mereka tak nampak sakit di belakang senyuman itu. Tak nampak malam yang susah nak makan. Tak nampak rasa menyesal bila gigi asal sudah tak boleh kembali seperti dulu.

Kalau anda teringin nak buat veneer, pastikan ia dibuat oleh pengamal pergigian bertauliah. Benda yang duduk dalam mulut kita setiap hari bukan aksesori. Ia bukan tempat untuk berjudi dengan nasib semata-mata kerana mahu nampak ā€œperfectā€.

Jangan tukar gigi sebenar yang sihat dengan kecantikan palsu yang belum tentu selamat.

19/03/2026
Salam Ramadhan…Selain kelengkapan baju raya … penampilan diri juga penting untuk hari raya nanti.Untuk mendapatkan keseg...
06/03/2026

Salam Ramadhan…

Selain kelengkapan baju raya … penampilan diri juga penting untuk hari raya nanti.

Untuk mendapatkan kesegaran mulut .. cuci gigi atau scaling boleh dilakukan pada bulan puasa.

Manakala whitening untuk nampak gigi lebih bersih dan putih. Promo masih ada.

Berminat boleh buat temujanji Sabtu ni pada 7/3/2026. Dr Yuza bertugas pada hari tersebut.

Boleh wasap 019 336 4226 atau call 03-33424226 untuk temujanji dan pertanyaan lanjut. Jom semua😁

Rawatan cuci gigi atau scaling sangat penting .. untuk kesihatan mulut. Boleh dilakukan setiap 6 bulan. Jadi sempena Ram...
10/02/2026

Rawatan cuci gigi atau scaling sangat penting .. untuk kesihatan mulut. Boleh dilakukan setiap 6 bulan.

Jadi sempena Ramadhan tidak lama lagi boleh lah buat temujanji . Wasap 019 336 4226

Promo scaling + whitening still onz.. jom grab sekarang.

Senyum tutup mulut sebab gigi berkarat?

Kami faham. Bagi perokok, keyakinan diri boleh merudum bila tengok cermin. Gigi nampak kusam, kuning, malah ada tompok coklat (stain) di celah-celah gusi.

Ini bukan kotoran biasa. Ini adalah Noda Nikotin & Tar.

Bila nikotin bercampur dengan oksigen, ia bertukar jadi kuning. Tar p**a memang asalnya hitam dan melekat macam gam pada gigi.

Boleh ke putih balik? Boleh, tapi tolong jangan beli "Veneer Sticker" di online. Itu bahaya!

Ikut langkah selamat KKM ni:

1. Wajib Buat Scaling & Polishing Dulu
Jangan bazir duit beli ubat pemutih kalau karang gigi (plak keras) masih bertempek. Jumpa doktor gigi untuk cuci dulu.
Minta buat "Airflow Polishing" (jika ada). Ia sangat berkesan tembak hilang stain rokok yang degil tu. Ramai terkejut gigi terus nampak cerah 30% lepas cuci je.

2. Ubat Gigi "Whitening" (Cari yang ada NOT KKM)
Guna ubat gigi yang ada bahan pelelas (abrasive) lembut atau enzim khas. Tapi ingat, jangan sental kuat sangat macam berus lantai. Nanti lapisan pelindung (enamel) nipis, gigi jadi ngilu.

3. Professional Whitening (Bleaching)
Kalau dah cuci pun masih kuning (sebab stain dah meresap ke dalam), ini penyelesaian paling padu. Doktor akan guna gel Peroksida gred klinik. Mahal sikit, tapi selamat dan berkesan.

Paling Penting:
Selagi asap rokok masih kena gigi, stain tu akan datang balik dalam masa sebulan.

Kalau tak boleh berhenti merokok, rajin-rajinkanlah kumur mulut dengan air kosong setiap kali lepas hisap rokok. Ia bantu bilas sisa kimia sebelum melekat.

Senyum tu aset. Jagalah sikit bang.

Pemeriksaan gigi secara berkala, disyorkan sekurang-kurangnya sekali setahun atau setiap 6 bulan, adalah penting untuk m...
09/02/2026

Pemeriksaan gigi secara berkala, disyorkan sekurang-kurangnya sekali setahun atau setiap 6 bulan, adalah penting untuk mengesan kerosakan awal, penyakit gusi, dan masalah mulut sebelum ia serius.

Pemeriksaan menyeluruh merangkumi pemeriksaan mulut, penilaian gusi, pengesanan plak/tartar, penskaleran (scaling), dan X-ray untuk melihat struktur dalaman gigi dan rahang.

Hari ini Dr Yuza bertugas dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Info boleh wasap
019 336 4226

01/02/2026

Penjagaan awal gigi sangat penting.

Pastikan anak anak menggosok gigi waktu malam sebelum tidur

Address

21-2-2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 15:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza:

Share