Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery

Call Website Contact the practice

Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery AuRIns
� Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery�

Directors:
2004-2010: Prof Dr Jean-Frederic Faisal Weber
2011-2013: Prof Dr Nor Hadiani Ismail
2013-2014: Dr Mohd Zulkefli Mat Jusoh
2014-2015: Prof Dr Mohd Ilham
2016-now: Prof Dr Nor Hadiani Ismail

Heartiest congratulations to AuRIns MSc student, Izyani on 1) receiving the prestigious Vice-Chancellor's Award and the ...
23/10/2026

Heartiest congratulations to AuRIns MSc student, Izyani on

1) receiving the prestigious Vice-Chancellor's Award and the Best Graduate Award at the 105th UiTM Convocation Ceremony, and
2) awarded the MyBrain 2.0 Sponsorship by the Ministry of Higher Education (KPT) for 2026!! 🙌🏻🎊👏👏

Setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nur Amira Roslan atas kenaikan pangkat ke jawatan Kerani Kanan (N2) berkuat kuasa pa...
21/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nur Amira Roslan atas kenaikan pangkat ke jawatan Kerani Kanan (N2) berkuat kuasa pada 23 Februari 2026 .

Seluruh warga Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian ini. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah, dipermudahkan segala urusan dan terus maju jaya dalam kerjaya. 🌷

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga AuRIns.





Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Pembangunan Herba Negara Bersama Pemegang Taruh (Siri 1)14–17 Oktober 2026Days Hotel &...
21/10/2026

Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Pembangunan Herba Negara Bersama Pemegang Taruh (Siri 1)

14–17 Oktober 2026
Days Hotel & Suites by Wyndham Fraser, Kuala Lumpur

Prof Madya ChM Dr. Che Puteh Osman telah hadir mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns) dalam bengkel yang menghimpunkan pelbagai pemegang taruh bagi membincangkan pemurnian Pelan Strategik Pembangunan Herba Negara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UiTM dan AuRIns dalam menyokong pembangunan industri herba negara melalui kepakaran penyelidikan, inovasi dan penerokaan potensi sumber semula jadi.





PERKONGSIAN ILMU & LATIHAN PRAKTIKAL HPLC AGILENT DI NIBMPada 8–9 Oktober 2026, Atta-ur-Rahman Institute for Natural Pro...
09/10/2026

PERKONGSIAN ILMU & LATIHAN PRAKTIKAL HPLC AGILENT DI NIBM

Pada 8–9 Oktober 2026, Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM telah menghantar Puan Kathleen J. Jalani dan Puan Juliana Yusoff ke Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (IPHARM), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) bagi mengendalikan latihan profesional bertajuk “ Practical Sample Preparation and Analysis of Samples using HPLC Agilent for Laboratory Personnel ”.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada teknik penyediaan sampel, demonstrasi penggunaan instrumen serta latihan praktikal berkaitan analisis sampel menggunakan sistem HPLC Agilent. 🧪

Program ini menjadi platform perkongsian kepakaran dan pemindahan ilmu bagi meningkatkan kemahiran teknikal serta memperkukuh kompetensi dalam analisis makmal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak NIBM , khususnya IPHARM , atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada AuRIns untuk berkongsi kepakaran serta menyampaikan latihan profesional ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan kompetensi dalam bidang analisis saintifik.

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan AuRIns atas komitmen dan sumbangan kepakaran dalam menjayakan program ini! 👏

AuRIns – Excellence in Natural Product Research








MOLECULAR NETWORKING WORKSHOP FOR NATURAL METABOLITES DEREPLICATION AND PRIORITISATION9 Oktober 2026 | AuRIns, UiTM Punc...
09/10/2026

MOLECULAR NETWORKING WORKSHOP FOR NATURAL METABOLITES DEREPLICATION AND PRIORITISATION

9 Oktober 2026 | AuRIns, UiTM Puncak Alam

Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah menganjurkan Molecular Networking Workshop for Natural Metabolites Dereplication and Prioritisation pada 8 hingga 9 Oktober 2026 bertempat di Bilik Seminar AuRIns, UiTM Puncak Alam.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Azeana Zahari, Pensyarah Kanan dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya, yang mempunyai kepakaran dalam bidang spektroskopi, pencirian struktur molekul serta strategi dereplikasi berasaskan LC-MS/MS melalui pendekatan molecular networking.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan molecular networking dalam penyelidikan metabolit semula jadi, khususnya bagi membantu proses dereplikasi dan keutamaan pemilihan sebatian untuk kajian lanjutan. Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengukuhan kemahiran teknikal dalam kalangan penyelidik serta warga akademik.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi penyelidikan, menggalakkan perkongsian kepakaran dan menyokong usaha memajukan penyelidikan produk semula jadi melalui penggunaan pendekatan analisis yang lebih sistematik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Azeana Zahari atas perkongsian ilmu, serta semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung.

AuRIns — Excellence in Natural Product Research.





Lawatan Tapak Delegasi Leave a Nest ke AuRInsAtta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM telah...
08/10/2026

Lawatan Tapak Delegasi Leave a Nest ke AuRIns

Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM telah menerima kunjungan delegasi Leave a Nest Malaysia bagi sesi site visit Hyper Interdisciplinary Conference (HIC) Malaysia 2026 pada 8 Oktober 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan dan ruang yang bakal digunakan serta membincangkan perancangan aktiviti, susun atur dan keperluan teknikal bagi memastikan kelancaran penganjuran HIC Malaysia 2026.

Terima kasih kepada Leave a Nest Malaysia atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga sesi ini menjadi langkah awal kepada penganjuran HIC Malaysia 2026 yang lebih bermakna, dinamik dan memberi impak kepada komuniti penyelidikan, inovasi serta industri.

See you at HIC Malaysia 2026!

Leave a Nest Group
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UITM

Tahniah atas Pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa MNPSSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM Dr. Che Pu...
07/10/2026

Tahniah atas Pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa MNPS

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM Dr. Che Puteh Osman atas pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sebatian Semulajadi Malaysia (Malaysian Natural Product Society – MNPS) bagi sesi 2026–2028.

Pemilihan tersebut telah diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 di Mercure Hotel Penang, bersempena dengan 41st International Conference on Natural Product (ICNP2026) .

Warga Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM, merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini. Semoga amanah yang diberikan dapat terus menyumbang kepada pengukuhan jaringan kerjasama serta pembangunan bidang produk semula jadi dan penyelidikan natural product di Malaysia.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

Tahniah atas Pemilihan sebagai Naib Presiden MNPSSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof Madya ChM Dr. Fatimah Sal...
07/10/2026

Tahniah atas Pemilihan sebagai Naib Presiden MNPS

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof Madya ChM Dr. Fatimah Salim atas pemilihan sebagai Naib Presiden Persatuan Sebatian Semulajadi Malaysia (Malaysian Natural Product Society – MNPS) bagi sesi 2026–2028.

Pemilihan tersebut telah diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30, bertempat di Mercure Hotel Penang, bersempena dengan 41st International Conference on Natural Product (ICNP2026) .

Seluruh warga Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pencapaian ini. Semoga pelantikan ini terus membuka ruang untuk memperkukuh jaringan, kerjasama dan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan produk semula jadi di Malaysia.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

Address

Level 9, FF3, UiTM Puncak Alam Campus
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60332584769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery:

Shortcuts

Share