17/09/2026
Ramai parents bila bawa anak jumpa dentist, perkara pertama yang tengok ialah:
Gigi anak crowded ke tak?
Ada cavity ke?
Gigi cantik ke tak?
Tapi sebenarnya, penting juga parents perhatikan cara anak bernafas, tidur, makan dan membesar.
1️⃣ Anak Boleh Bernafas Ikut Hidung
Anak tak sepatutnya sentiasa bergantung pada mouth breathing.
Kalau anak selalu hidung blocked, tidur mulut terbuka atau susah nak breathe ikut hidung, kita kena cari tahu kenapa.
2️⃣ Tidur Tak Berdengkur & Tak Gelisah
Kalau anak selalu snore, tidur tak lena, banyak bergerak, berpeluh atau nampak macam tercungap-cungap, jangan anggap itu normal sahaja.
Kadang-kadang ia boleh jadi tanda pernafasan anak terganggu masa tidur.
3️⃣ Lidah Ada Di Tempat Yang Sepatutnya
Lidah bukan untuk makan dan bercakap sahaja.
Bila anak resting, posisi lidah, bibir dan otot mulut juga penting.
Kalau anak selalu mouth breathing, posisi lidah boleh jadi lebih rendah.
4️⃣ Ada Cukup Ruang Untuk Gigi Membesar
Jangan hanya tengok gigi sahaja.
Penting juga pastikan bentuk rahang, lebar dental arch dan ruang untuk gigi kekal tumbuh.
Kalau gigi mula crowded atau ruang nampak sempit, kita nak faham apa yang sedang berlaku dengan perkembangan rahang anak.
5️⃣ Anak Boleh Makan, Kunyah & Telan Dengan Baik
Cara anak mengunyah, menelan, guna lidah dan rapatkan bibir pun penting.
Semua ini adalah sebahagian daripada cara mulut dan otot muka bekerja.
Kalau anak ada mouth breathing + snoring + hidung selalu blocked + gigi makin crowded, mungkin sudah tiba masa untuk tengok perkara ini dengan lebih menyeluruh.
Komen AIRWAY atau DM umur anak + apa yang anda perasan.