04/08/2026
Program Kesihatan Pergigian Sempena Majlis Penutupan Sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Daerah Pendang 2026
Tarikh: 30 Julai 2026
Masa: 8.00 sehingga 3.30 petang
Lokasi: Pejabat MADA Daerah Pendang
Pada tahun ini, pergigian daerah Pendang telah memilih agensi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA daerah Pendang bagi berkolaborasi dalam menjayakan sambutan
Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) peringkat daerah bagi tahun 2026.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti:
-pemeriksaan pergigian dan saringan kanser mulut
-ceramah kesihatan pergigian
-pameran kesihatan pergigian
-permainan interaktif
-tayangan multimedia
-demonstrasi Latihan memberus gigi (LMG) oleh IGG Naim
-nasihat kesihatan pergigian
-pertandingan Mulut Sihat
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan MADA dan para peserta yang hadir atas Kerjasama yang telah diberikan. Diharapkan kolaborasi yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Jangan lupa dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya setahun sekali!