doktorgigi.anda

doktorgigi.anda doktorgigi.anda memberikan anda informasi berkaitan kesihatan gigi dan mulut & info menarik lainnya, cara-cara dan tips penjagaan gigi & mulut.

Direct message untuk sebarang pertanyaan lanjut mahupun konsultasi awam berkaitan penjagaan kesihatan gigi.

26/12/2021

Hi semua,

2021 sebentar lagi akan berganti tahun. Apakah azam baru anda di tahun 2022? Jangan lupa lakukan pemeriksaan gigi di tahun 2022. Nantikan share terbaru dari team kami berkaitan isu semasa dan kesihatan gigi dan mulut .

Senyum sihat
Team doktorgigi.anda

Merry christmas kepada yang merayakan. Sambutlah perayaan mengikut sop. Jangan lupa azam tahun baru untuk lebih menjaga ...
24/12/2021

Merry christmas kepada yang merayakan.

Sambutlah perayaan mengikut sop. Jangan lupa azam tahun baru untuk lebih menjaga kesihatan gigi dan mulut

Ikhlas daripada
Team doktorgigi.anda

We hope you have a blessed, healthy and prosperous Diwali. A very happy Diwali to all our friends! 😊
03/11/2021

We hope you have a blessed, healthy and prosperous Diwali. A very happy Diwali to all our friends! 😊

Hi semua πŸ™‚Kali ini salah satu team editor doktorgigi.anda dr Suraya Johari melakukan perawatan gigi kepada selebriti lok...
18/10/2021

Hi semua πŸ™‚

Kali ini salah satu team editor doktorgigi.anda dr Suraya Johari melakukan perawatan gigi kepada selebriti lokal kita, fauzi nawawi.

Amalan penjagaan gigi dan pembesihan karang gigi sangat di sarankan untuk memastikan kesihatan gigi dan mulut terjaga. Lakukan sekurang-kurangnya 1-2 kali setahun.

Sudahkah anda mengunjungi doktor gigi?

Senyum Sihat
Team doktorgigi.anda

18/10/2021
Haaa. Waktu sekolah siapa ada pengalaman macam ni? πŸ€” Min pon sama.tak sangka jadi doktor gigi sekarang πŸ€ͺ
09/10/2021

Haaa. Waktu sekolah siapa ada pengalaman macam ni? πŸ€” Min pon sama.tak sangka jadi doktor gigi sekarang πŸ€ͺ

07/10/2021

"Doktor. Gigi saya sakit, saya ingin cabut gigi"

Doktor gigi dan cabut gigi mungkin sebuah ilustrasi dan gambaran yang begitu mendominasi masyarakat sehingga rata rata pesakit yakin bahawa pencabutan adalah satu satunya alternatif merawat gigi yang sakit.

Salah satu penyebab utama sakit gigi adalah karies atau lubang gigi yang telah menyebar hingga akar gigi yang mengandungi saraf gigi. Saraf gigi sangat peka terhadap rangsangan sehingga menimbulkan rasa yang sangat sakit dan ngilu . Ketika hal ini berlaku, rasa sakit yang timbul mampu mengganggu aktiviti harian . Sakit yang dialami tersebut disebut Pulpitis.

Bagi sesetengah pesakit, pulpitis yang terjadi membuatkan kerosakan hampir 99% dari warna, struktur dan kekuatan gigi sehingga alternatif pencabutan adalah jalan terbaik. Namun demikian, ramai juga pesakit yang mengalami pulpitis yang disebabkan lubang gigi yang sangat kecil yang terbentuk tetapi dalam dan telah mengenai saraf gigi , hingga hanya sedikit sahaja bahagian gigi yang terkena karies manakala struktur lain pada gigi masih kuat dan sihat.

Dalam situasi tersebut, pencabutan bukanlah option utama yang biasa disarankan oleh doktor gigi. Tambalan biasa juga tidak dapat dilakukan tanpa perawatan saluran akar.

Rawatan saluran akar atau rawatan endodontik perlu dilakukan untuk merawat gigi hingga ke akar gigi. Dimana, saluran akar yg mengandungi saraf akan dibersihkan dan disterilkan dengan membuang struktur gigi yang mengalami kerosakan dan meninggalkan struktur lapisan gigi yang sihat agar gigi dapat bertahan di dalam rongga mulut.

Rawatan ini memerlukan waktu yang panjang kerana pesakit harus datang berulang kali selama proses perawatan. Walaupun diakui memakan masa yang lama, rawatan ini membantu pesakit mengekalkan gigi mereka agar gigi dapat dikekalkan dan bertahan lama didalam mulut tanpa pesakit perlu risau untuk memakai gigi palsu bagi menggantikan gigi tersebut.

Walaubagaimanapun ramai pesakit menolak melakukan rawatan saluran akar dan lebih memilih melakukan pencabutan. Sedihnya lagi, usia pesakit yang memilih pencabutan masih sangat muda. Bayangkan di usia muda, meraka sudah kehilangan gigi yang pastinya akan menganggu fungsi pengunyahan makanan dan keselesaan mereka.

Ketika inilah saya kami s**a untuk mengingatkan, lakukan pemeriksaan rutin sekurang kurangnya 1-2 kali/pertahun untuk merawat gigi anda dan menghindari lubang gigi menyebar hingga ke saraf gigi.

Gigi sihat, Senyum pun sihat 😁
(Gambar : rawatan saluran akar. Sumber:google)

Bulan Oktober adalah bulan PINK MONTH/ PINK OKTOBERPINK MONTH/ PINK OKTOBER  merupakan salah satu kempen kesedaran megen...
03/10/2021

Bulan Oktober adalah bulan PINK MONTH/ PINK OKTOBER
PINK MONTH/ PINK OKTOBER merupakan salah satu kempen kesedaran megenai kanser payudara ( breast cancer) sempena bulan Oktober. Ia juga sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.

Sedarkah bahawa mulut juga antara barah/kanser yang paling sering ditemukan?
Pada peringkat awal, selalunya kanser ini tidak mempunyai sebarang simptom. Tetapi jika anda mengalami simptom seperti ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Lokasi yang sering terjadi kanser mulut adalah :

1. Lidah
2. Lantai mulut
3. Lapisan dalam p**i
4. Gusi
5. Lelangit
6. Bibir bawah

Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
Ulser yang lambat atau tidak sembuh lebih dari 2 minggu
Tompok putih (leukoplakia)
Tompok merah (erythroplakia)
Nafas berbau (halitosis)

Simptom-simptom ini tidak semestinya menunjukkan anda mengalami kanser namun pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.

Prognosis (ramalan) kanser mulut bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

1. lokasi kanser terbabit
2. saiz
3. tahap kanser
4. tahap kedalaman penyebaran sel kanser dalam tisu badan.

Prognosis boleh menjadi lebih buruk apabila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian tubuh yang lain & berisiko tinggi untuk pesakit lanjut usia.

Bagaimanakah cara untuk mencegah terkena risiko kanser mulut?
- Tidak merokok
- Tidak minum minuman alkohol
- Tidak mengunyah tembakau / pinang
- Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari yang terlalu lama
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
- Lakukan pemeriksaan mulut sendiri ( di hadapan cermin)
- Mengamalkan gaya hidup sihat

Mencegah lebih baik dari merawat, jom ubah gaya hidup yang lebih sihatπŸ˜ƒ

"Gigi Sihat Senyuman Manis"

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when doktorgigi.anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to doktorgigi.anda:

Share