19/10/2026
🪥 Berus gigi hard atau soft, mana yang lebih baik? 🤔
Ramai ingat berus keras boleh bersihkan gigi dengan lebih berkesan. Sebenarnya, berus gigi berbulu lembut (soft) lebih disarankan kerana ia membantu membersihkan plak tanpa memberi tekanan berlebihan pada gigi dan gusi.
✨ Yang penting bukan berus kuat-kuat, tapi teknik memberus yang betul. Berus gigi selama 2 minit, dua kali sehari untuk penjagaan gigi yang lebih baik.
💬 Korang sekarang pakai berus gigi soft atau hard?