Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang

Call

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang Facebook Rasmi Pergigian Gua Musang. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang , 18300 Gua Musang, Kelantan

25/08/2026

😁✨ PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN PPR GUA MUSANG 2026 ✨😁

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kampung Angkat Pergigian PPR Gua Musang pada 25 Ogos 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pergigian Gua Musang!

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi dalam kalangan komuniti, terutamanya anak-anak muda dan keluarga di PPR Gua Musang. 🦷πŸ₯

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan sepanjang program, antaranya:
πŸ“Œ Ceramah Pergigian - Pendedahan ilmu kesihatan mulut & gigi.
πŸ“Œ Aktiviti Merwarna & Kuiz Pergigian (Spin & Win) - Meriah dengan pelbagai hadiah menarik! 🎨🎁
πŸ“Œ Pendaftaran & Pemeriksaan Gigi Percuma - Khidmat pemeriksaan terus kepada komuniti. 🩺
πŸ“Œ Pameran & Permainan Pergigian - Belajar sambil bermain. 🎲
πŸ“Œ Latihan Memberus Gigi (LMG) - Mengajar teknik berus gigi yang betul kepada adik-adik. πŸͺ₯✨

Sutera senyuman sihat bermula dari penjagaan gigi yang betul!
Terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk PPR Gua Musang dan pasukan petugas pergigian yang menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat berpanjangan. ❀️✨

PROGRAM MINI KARNIVAL BEAR HUG: KEMPEN ADVOKASI KESIHATAN MENTAL & PSOKOMETER KELUARGA AUTISME DAN KESEJAHTERAAN KOMUNIT...
23/08/2026

PROGRAM MINI KARNIVAL BEAR HUG: KEMPEN ADVOKASI KESIHATAN MENTAL & PSOKOMETER KELUARGA AUTISME DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI DI DAERAH GUA MUSANG, KELANTAN

Pada 22 Ogos 2026 ( Sabtu ) , Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang telah mengadakan program dengan kerjasama YAYASAN BIMBINGAN INSAN MURNI bertempat di Bangunan KEMAS Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. Pemeriksaan Pergigian
2. Pameran Kesihatan Pergigian

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak YAYASAN BIMBINGAN INSAN MURNI dan juga agensi lain yang terlibat di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga dengan program ini semua pengunjung yang terlibat mendapat manfaat dan lebih peka dalam menjaga kesihatan pergigian.



22/08/2026

✨ Program Tanwir Masjid Al-Muttaqim, Kampung Jerek & KOA (Kolaborasi Oral dan Agama) ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Tanwir & Kolaborasi Oral dan Agama (KOA) bertempat di Masjid Al-Muttaqim, Kampung Jerek, Gua Musang! πŸ•ŒπŸ¦·

Pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah telah dijalankan bagi memupuk kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan penduduk tempatan:

πŸ“Œ Aktiviti-Aktiviti Utama:

Pendaftaran Pergigian: Kaunter pendaftaran mesra mesra pengguna untuk pemeriksaan kesihatan oral.

Pameran & Permainan Pergigian: Pameran pelbagai jenis gigi palsu, alat penjagaan mulut, serta aktiviti sukaneka/permainan interaktif untuk kanak-kanak.

Latihan Memberus Gigi (LMG): Bimbingan teknik memberus gigi yang betul secara praktikal bersama kanak-kanak.

Pemeriksaan Gigi Percuma: Perkhidmatan saringan dan pemeriksaan kesihatan mulut secara terus oleh pasukan pergigian.

Ceramah Pergigian: Perkongsian ilmu mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut dan pemakanan sihat.

Penghargaan Pihak Penganjur: Sesi penyampaian cenderahati dan penghargaan bersama jawatankuasa Masjid Al-Muttaqim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penganjur Masjid Al-Muttaqim, PKPD Gua Musang, serta seluruh penduduk Kampung Jerek atas sambutan yang amat meriah dan kerjasama yang diberikan! ❀️

"Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi!" 🦷😁

PROGRAM KESEDARAN AWAL PENGUKUHAN TINDAKAN MITIGASI KONFLIK HIDUPAN LIAR BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT, AGENSI KERAJAAN DAN ...
17/08/2026

PROGRAM KESEDARAN AWAL PENGUKUHAN TINDAKAN MITIGASI KONFLIK HIDUPAN LIAR BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT, AGENSI KERAJAAN DAN PEMEGANG TARUH DI DAERAH GUA MUSANG

Pada 16 Ogos 2026 (Sabtu ) , Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang telah mengadakan program dengan kerjasama Perhilitan bertempat di Ecopark Gua Musang

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. Pemeriksaan Pergigian
2. Pameran Kesihatan Pergigian

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Perhilitan dan juga agensi lain yang terlibat di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga dengan program ini semua pengunjung yang terlibat mendapat manfaat dan lebih peka dalam menjaga kesihatan pergigian.



09/07/2026
09/07/2026

PROGRAM TADIKAKU SENGIH BERSAMA CARIES BUSTERS TAHUN 2026

Pada 8 Julai 2026 (Rabu) , Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang telah mengadakan Program Tadikaku Sengih Bersama Caries Buster Tahun 2026 di Tadika Kemas Nur Aiman (A) & (B), Gua Musang.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. Ceramah Pendidikan Kesihatan Pergigian dan Brush
2. Kuiz Kesihatan Pergigian
3. Persembahan Caries Busters in Action
4. Program Brush
5. Pameran Kesihatan Pergigian

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tabika Kemas Nur Aiman (A) & (B) di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga dengan program ini semua pelajar tabika, cikgu2 & ibubapa yang terlibat mendapat manfaat dan lebih peka dalam menjaga kesihatan pergigian.



02/07/2026
⚠️ JANGAN JADI MANGSA RAWATAN GIGI HARAM! ⚠️"Sekali mulut dah hancur, menyesal air mata darah pun tak guno dah."😒 Ramai ...
30/06/2026

⚠️ JANGAN JADI MANGSA RAWATAN GIGI HARAM! ⚠️

"Sekali mulut dah hancur, menyesal air mata darah pun tak guno dah."

😒 Ramai yang tertipu dengan tawaran rawatan gigi murah tanpa lesen. Hasilnya? Gigi rosak, gusi berdarah, dan kesakitan yang tak terhingga.

βœ… Pastikan rawatan pergigian anda dilakukan oleh pengamal berdaftar sahaja.
βœ… Semak pendaftaran di laman web MDC (Malaysian Dental Council).
βœ… Jangan terpedaya dengan harga murah β€” kesihatan mulut anda tak ternilai!

Jaga mulut, jaga masa depan. 🦷πŸ’ͺ

⚠️ BEZAKAN DOKTOR GIGI BERTAULIAH & DOKTOR GIGI PALSU ⚠️Jangan tertipu! Ketahui perbezaan antara doktor gigi yang sah da...
30/06/2026

⚠️ BEZAKAN DOKTOR GIGI BERTAULIAH & DOKTOR GIGI PALSU ⚠️

Jangan tertipu! Ketahui perbezaan antara doktor gigi yang sah dan yang palsu sebelum mendapatkan rawatan.

βœ… Doktor Gigi Bertauliah (Sah):
πŸ”Ή Peralatan steril
πŸ”Ή Ada sijil profesional
πŸ”Ή Berdaftar dengan MMC (Malaysian Medical Council /Majlis Perubatan Malaysia)
πŸ”Ή Rawatan di klinik yang sah

❌ Doktor Gigi Palsu (Berbahaya):
πŸ”Έ Peralatan tidak steril
πŸ”Έ Tiada kelayakan
πŸ”Έ Tiada pendaftaran MMC
πŸ”Έ Rawatan di rumah/kedai

πŸ›‘οΈ LINDUNGI DIRI ANDA β€” PILIH DOKTOR BERTAULIAH!

Jangan ambil risiko dengan kesihatan gigi anda. Pastikan doktor gigi anda berdaftar dan bertauliah.

πŸ“’ Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!

Address

Bertam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

099120541

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share